07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 10 Jun 2025, satu lawatan rasmi telah diadakan ke ADTEC JTM Kampus Senai oleh Timbalan Pengurus Besar Strategik Modal Insan Negeri Johor, En. Mohd Razi bin Aziz bersama En. Mohd Zuhair bin Zaharudin.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai, Ts. Dr. Hj Azli Amin bin Ahmad Raus, bersama barisan pegawai pengurusan institut.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau persiapan pelajar dalam bidang Elektronik Industri dan Rekabentuk Produk Industri yang akan menyertai Pertandingan Kemahiran Kebangsaan – WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) yang dijadualkan berlangsung di MITC Melaka.

Sepanjang lawatan, delegasi telah dibawa melawat ke bengkel latihan dan berpeluang berinteraksi bersama para pelajar serta tenaga pengajar yang terlibat secara langsung dalam latihan intensif menjelang pertandingan. Lawatan ini turut memberikan motivasi dan suntikan semangat kepada peserta sebagai wakil institusi ke peringkat kebangsaan.

Pihak ADTEC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Strategik Modal Insan Negeri Johor atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan terhadap pembangunan kemahiran dan potensi pelajar TVET.

Skip to content