07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 10 Jun 2025, ADTEC JTM Kampus Senai telah menerima lawatan daripada Timbalan Pengurus Besar Strategik Modal Insan (SMI) Negeri Johor, En. Mohd Razi bin Aziz bersama En. Mohd Zuhair bin Zaharudin.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Hj. Dr. Azli Amin bin Ahmad Raus, bersama-sama pegawai pengurusan institut.

Lawatan ini turut melibatkan sesi mesyuarat kerjasama antara SMI Johor dan ILJTM Johor di bawah koordinasi Johor Talent Development Council (JTDC). Mesyuarat tersebut membincangkan beberapa inisiatif strategik termasuk kerjasama latihan Train and Place serta potensi penggunaan Dana Latihan bagi pembangunan kemahiran teknikal dan vokasional di Johor.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Pengarah ADTEC JTM kampus Mersing, ADTEC JTM Kampus Tangkak, dan ADTEC JTM Kampus Batu Pahat yang turut memberikan pandangan serta sokongan terhadap usaha memperkukuhkan kerjasama antara industri dan institusi latihan kemahiran.

Pihak ADTEC merakamkan penghargaan atas lawatan dan kesediaan pihak Strategik Modal Insan Johor dalam memperkukuh sinergi bersama ILJTM demi pembangunan modal insan negeri Johor.

Skip to content