07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 11 Jun 2025 – Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal ADTEC KTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek bertajuk Fundamental of Mechanical Casting (Plastic) yang melibatkan 24 peserta kursus sempena Hari TVET Negara 2025. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas mengenai teknik mechanical casting plastik, termasuk proses pembuatan acuan, pemilihan bahan, dan prosedur keselamatan.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan demonstrasi amali dan penerangan teori untuk meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam bidang berkaitan. Semoga kursus ini dapat meningkatkan tahap kemahiran peserta dalam bidang teknologi penyenggaraan mekanikal dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri TVET di Malaysia.

Skip to content