07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

11 Jun 2025 | Johor Bahru – Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Negeri bagi Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Peringkat Negeri Johor Bilangan 1/2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan penuh daripada semua agensi di bawah KESUMA Johor.

Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam setengah itu telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Jaafar bin Haji Leman, dan dihoskan oleh Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang. Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus memulakan mesyuarat dengan ucapan aluan selaku tuan rumah bagi siri mesyuarat kali ini.

Mesyuarat ini memberi fokus kepada perancangan dan koordinasi pelaksanaan program bersama antara agensi-agensi KESUMA di Johor. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah perkongsian aktiviti-aktiviti semasa dan perancangan program akan datang oleh setiap agensi.

Dalam mesyuarat ini juga telah dicapai kata sepakat bagi menghasilkan sebuah bot KESUMA Johor yang akan digunakan oleh agensi-agensi KESUMA Johor dalam menjalankan misi bantuan banjir yang dilaksanakan oleh agensi ini.

Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan KESUMA Johor dalam memperkukuhkan kerjasama antara agensi, ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih bersepadu, efisien dan responsif kepada rakyat.

Skip to content