07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Sempena sambutan Hari TVET Negara, ADTEC Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan istimewa daripada pihak Serimax (M) Sdn. Bhd. pada 12 Jun 2025 hari kedua HTN 2025.

Lawatan ini diisi dengan sesi Career Talk yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dalam industri, terutamanya dalam bidang Minyak san Gas serta perkhidmatan teknikal.

Selain perkongsian ilmu, pihak Serimax juga telah mengadakan temuduga terbuka untuk jawatan kosong, memberi peluang kepada pelajar kami untuk terus melangkah ke alam pekerjaan.

Pelajar dari jurusan Teknologi Penyenggaraan Mekanikal (TPM) dan Fabrikasi Logam (FSL) telah menghadiri sesi ini dengan penuh semangat dan kesungguhan.

Terima kasih kepada Serimax atas kerjasama yang erat. Semoga lebih banyak peluang dan jaringan industri dapat dibina demi masa depan pelajar TVET!

Skip to content