07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Sempena sambutan Hari TEVT Negara 2025 dan National Training Week 2025, Bahagian Penjaga Jentera Elektrik ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Kursus Penyegerakkan Janakuasa Voltan Rendah (Amali) pada 12 Jun 2025 dimana program ini telah disertai oleh seramai 17 orang belia berkemahiran yang mempunyai latar belakang dan pengetahuan tentang elektrik. Program ini telah dijalankan secara bersemuka di ILP Pasir Gudang dan disampaikan oleh pengajar En Mohd Khairul bin Ramlan dimana pembelajaran adalah merangkumi aspek teori dan amali.

Objektif kursus ini adalah mewujudkan lebih ramai belia-belia menjadi tenaga mahir dalam Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah, memberi peluang kepada belia-belia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran serta mendapat perakuan kekompetenen Penjaga Jentera Elektrik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, mencapai pembangunan sumber manusia yang diperlukan oleh Suruhanjaya Tenaga dan peningkatan daya saing pekerja secara individu yang berkesan dalam menjalankan kerja dan kemajuan dalam kerjaya.

Matlamat kursus ini dijalankan sebagai persediaan peserta untuk meningkatkan tahap kemahiran dan mempersiapkan diri peserta terutama di dalam sistem pembekalan berasaskan janakuasa voltan rendah.

Skip to content