Sempena sambutan Hari TVET Negara 2025 peringkat ILP Pasir, Bahagian Tek. Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas) telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek“Basic Gas Cutting Proses” yang melibatkan 26 orang pelajar dari pelbagai Jurusan. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan asas teknik pemotongan logam menggunakan gas secara teori dan praktikal yang merupakan antara proses penting dalam sektor pembinaan dan fabrikasi logam, disamping dapat menambah pengetahuan pelajar terhadap keperluan kemahiran multiskilling serta menggalakkan perkongsian kemahiran.
Kursus inj dijalankan secara bersemuka, disampaikan oleh pengajar En Asari Bin Othman dan En Mohd Suhelmi Bin Mohd Rosdi. Diharap kursus ini dapat dapat meningkatkan lagi kefahaman serta kemahiran khususnya dalam proses pemotongan logam yang sangat relevan dalam sektor minyak, gas dan pembinaan. Ia juga selari dengan aspirasi TVET untuk melahirkan tenaga kerja mahir, serba boleh dan bersedia untuk cabaran industri masa kini dan masa depan.
