07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 12 Jun 2025 – Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal telah menganjurkan kursus jangka pendek bertajuk ARC Welding for Beginner yang melibatkan 24 peserta kursus sempena National Training Week (NTW) 2025.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas mengenai teknik kimpalan arka kepada peserta 24 pelajar pelbagai bidang (cross bengkel). Peserta mempelajari teori keselamatan, jenis elektrod dan teknik kimpalan asas. Latihan termasuk proses penyediaan bahan, kawalan arka dan hasil kimpalan. Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan demonstrasi amali dan penerangan teori untuk meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam bidang berkaitan.

Semoga kursus ini dapat meningkatkan tahap kemahiran peserta dalam bidang teknologi penyenggaraan mekanikal dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri logam di Malaysia.

Skip to content