12 Jun 2025 – Sempena sambutan Hari TVET Negara 2025 peringkat ILP Pasir Gudang, Bengkel Teknologi Instrumen Perindustrian telah menganjurkan satu kursus cross skilling yang bertajuk “Basic Control Components” yang diajar oleh tenaga pengajar berpengalaman, Ts. Mohd Hisham bin Abd Jalil. Kursus ini disertai oleh 25 orang pelajar dari jurusan Automotif, yang berpeluang menimba ilmu baru dalam bidang kawalan industri – satu nilai tambah penting dalam dunia TVET yang semakin bersepadu merentas bidang.
Antara pengisian kursus termasuk:
✅ Pengenalan kepada komponen kawalan industri seperti relay dan push button
✅ Asas pendawaian litar kawalan
✅ Latihan praktikal membina litar kawalan asas secara hands-on
Pendedahan ini diharap dapat membuka minat pelajar terhadap bidang automasi dan kawalan serta menyokong pembangunan kemahiran pelbagai bidang yang menjadi teras kepada pendidikan TVET.
