07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 12 Jun 2025 – Sempena sambutan Hari TVET Negara 2025 peringkat ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai yang berlangsung selama dua hari pada 11 hingga 12 Jun 2025, Bahagian Elektronik Industri telah menganjurkan satu KJP (Kursus Jangka Pendek) bertajuk “Asas Soldering” khusus untuk pelajar sekolah menengah.

Program yang dijalankan pada 11 Jun 2025 ini telah berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai sekolah, dengan sasaran peserta seramai 10 orang pelajar peringkat menengah, sebagai salah satu usaha memperkenalkan bidang kemahiran teknikal secara langsung kepada golongan muda.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kemahiran asas pematerian (soldering) dalam bidang elektronik industri. Antara objektif yang dicapai dalam program ini termasuklah:

Memberi latihan praktikal dalam penggunaan peralatan soldering mengikut teknik yang betul.

Membimbing pelajar dalam memateri komponen elektronik ke atas stripboard.

Mengenal pasti dan menggunakan peralatan sokongan soldering seperti long nose, wire cutter, dan desoldering pump.

Memberi pengalaman langsung kepada peserta dalam menyediakan litar elektronik ringkas secara hands-on.

Sepanjang program berlangsung, pelajar dilatih oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Bahagian Elektronik Industri yang memberikan tunjuk ajar dan demonstrasi secara langkah demi langkah.

Pendekatan program ini memberi ruang kepada pelajar untuk merasai sendiri dunia kemahiran teknikal dan kejuruteraan elektronik, sekaligus menyemai minat terhadap bidang TVET seawal peringkat sekolah.

Program ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam menyokong agenda kerajaan memperkasa pendidikan TVET dan memperkenalkan peluang kerjaya masa depan kepada generasi muda.

Skip to content