07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 13 Jun 2025, ADTEC JTM Kampus Senai menerima kunjungan muhibbah daripada delegasi Halliburton (M) Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Mr. Angus Baird (Centre Manager) bersama Pn. Faridah (Wakil Sumber Manusia).

Lawatan ini bertujuan membincangkan potensi kolaborasi strategik, termasuk:

✅ Penempatan pelajar untuk Latihan Industri

✅ Peluang pekerjaan graduan

✅ Penawaran kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan industri

Delegasi Halliburton disambut mesra oleh pegawai-pegawai CESS ADTEC JTM dari Kampus Pasir Gudang dan Senai. Sesi perbincangan yang produktif ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa kemahiran belia sejajar dengan kehendak industri semasa.

Semoga kerjasama ini membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar dan mewujudkan sinergi yang bermanfaat antara institusi TVET dan industri.

Skip to content