07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

SENAI, 14 Jun 2025 – Dalam usaha meningkatkan keceriaan dan imej persekitaran institut, ADTEC JTM Kampus Senai telah melaksanakan Program Keceriaan melalui aktiviti mengecat batu jalan di kawasan sekitar kampus.

Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama erat antara ADTEC JTM Kampus Senai di bawah penyelarasan Tuan Haji Zuraidy bin Kadir, TPO ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, serta dibantu oleh En. Rahmat Abu Taib dan En. Mohd Farkhan Abu Bakar.

Seramai 21 orang pelajar dari Bahagian Elektronik dan Bahagian Rekabentuk Industri telah turut serta dalam program ini. Aktiviti mengecat telah dijalankan bermula dari Dataran Blok A hingga ke Dataran Blok B, menambah seri dan keceriaan laluan utama kampus.

Menurut Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, program ini adalah selaras dengan aspirasi institut dalam memperkukuh imej dan suasana pembelajaran yang kondusif serta menarik.

Program seumpama ini bukan sahaja mencantikkan persekitaran, malah menyemai nilai-nilai kerjasama, tanggungjawab sosial dan semangat cintakan institut dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Senai.

Skip to content