14 & 15 Jun 2026 | Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah dijemput sebagai pempamer dalam program Iskandar Investment Berhad (IIB) x MGTC Green Jobs Carnival Johor 2025 yang berlangsung selama dua hari di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor. Program ini telah dianjurkan oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) bagi mempromosikan kerjaya berasaskan teknologi hijau serta memperkenalkan peluang pendidikan TVET dalam bidang berkaitan.
Program ini merangkumi pelbagai pengisian seperti:
• Pameran TVET
• Demonstrasi Robot
• Meja Bantuan Permohonan UP_TVET
• Permainan Interaktif
Kehadiran ADTEC JTM dalam karnival ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan program-program latihan yang ditawarkan, khususnya dalam bidang Teknologi Hijau dan Revolusi Industri 4.0, selaras dengan permintaan industri masa kini.
Hari Pertama (14 Jun 2026)
Pempamer yang terlibat ialah Pn. Siti Zubaidah dan Pn. Azura Hani, dengan bantuan dua orang pelajar dari Bahagian Teknologi Elektronik Industri, iaitu Sdr. Muhamad Yusry dan Sdr. Hauzan. Penglibatan pelajar ini bukan sahaja memeriahkan tapak pameran, malah memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat langsung daripada pelatih yang sedang mengikuti latihan di ADTEC.
Hari Kedua (15 Jun 2026)
Wakil ADTEC yang bertugas ialah Pn. Hjh. Edayu dan Pn. Siti Suhada. Mereka turut memberikan taklimat ringkas kepada para pengunjung mengenai laluan pendidikan dan kerjaya dalam bidang TVET dan khidmat bantuan bagi permohonan secara online melalui UP_TVET.
Penyertaan ADTEC JTM dalam Green Jobs Carnival Johor 2025 mencerminkan komitmen institusi ini dalam memperkukuh agenda pembangunan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dan lestari. Pendedahan secara langsung kepada masyarakat melalui program sebegini dapat meningkatkan kesedaran serta minat terhadap pendidikan TVET sebagai pilihan utama dalam menghadapi cabaran ekonomi masa depan.

 
  
 