Senai, 16 Jun 2025 – Satu sesi perbincangan strategik telah berlangsung hari ini antara ADTEC JTM Kampus Senai dengan UTM SPACE dan CUC Brand Global Research Center dari China. Sesi ini dipengerusikan oleh Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus.
UTM SPACE diwakili oleh Prof. Madya Dr. Teo Chee Kian, manakala pihak CUC Brand Global Research Center (China) diwakili oleh Pengarahnya, En. Liu DJ.
Perbincangan ini tertumpu kepada potensi kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya antara institusi ADTEC di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan institusi TVET di China. Kolaborasi ini dijangka dapat membuka ruang kepada pemindahan teknologi, pembangunan kemahiran, dan pengantarabangsaan program TVET tempatan.
Kerjasama rentas negara seperti ini dijangka memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem pendidikan teknikal Malaysia dan meningkatkan kebolehpasaran graduan tempatan di peringkat global.
