07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

📅 16 Jun – 28 Jun 2025
📍 ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang

Seramai 40 peserta warga Johor kini menjalani Kursus Latihan & Ujian Welding Inspector CSWIP 3.1 di bawah Program Tajaan Strategik Modal Insan Negeri Johor, dengan jumlah tajaan melebihi RM400,000!

Program berimpak tinggi ini memberi peluang kepada anak Johor untuk memiliki sijil profesional antarabangsa serta membuka laluan kerjaya dengan gaji premium RM3,000 ke atas.

Latihan dijalankan sepenuhnya di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Bahagian Kimpalan dan disokong oleh pegawai CESS, dalam memastikan peserta bersedia sepenuhnya menghadapi peperiksaan akhir pada 27 dan 28 Jun 2025.

Menambah semangat dan inspirasi buat para peserta, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Ts. Dr. Hj Azli Amin Bin Ahmad Raus, turut meluangkan masa bersama-sama peserta bagi menyampaikan hasrat, harapan serta menerangkan peranan ADTEC JTM dalam melahirkan bakat mahir negara melalui pendekatan TVET bertaraf global.

Skip to content