07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 17 Jun 2025 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah dijemput menyertai Karnival Kerjaya SPADU 2025 yang berlangsung di SMK Pasir Gudang (2). Penyertaan ini melibatkan penyampaian taklimat kerjaya dan pameran pendidikan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6.

Taklimat khas telah disampaikan oleh Kaunselor ADTEC JTM, Puan Hajah Edayu binti Mohd Yusof dan dibantu oleh Puan Nurul Hasyimah binti Rasyid. Slot ini memberi pendedahan awal berkaitan peluang pendidikan dan laluan kerjaya dalam bidang teknikal serta TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang ada ditawarkan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Selain sesi taklimat, pihak ADTEC turut mengadakan pameran interaktif serta kuiz kerjaya bagi mencetuskan minat pelajar dalam bidang teknikal dan seterusnya membantu mereka merancang masa depan dengan lebih terarah.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Pasir Gudang (2) atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan demi manfaat para pelajar.

Skip to content