07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Hari ini, 17 Jun 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menerima kunjungan hormat daripada pihak Olympic Cable Company Sdn Bhd, diketuai oleh En. Mohd Zainurin bin Ayob (General Manager) bersama En. Fadli (HR Manager).

Delegasi disambut mesra oleh Pengarah ADTEC JTM Pasir Gudang, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus bersama pegawai-pegawai dari Bahagian CESS.

Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik dalam penganjuran kursus jangka pendek, peluang latihan industri, dan juga tawaran pekerjaan kepada pelajar-pelajar ADTEC.

Pihak delegasi turut dibawa melawat ke bengkel-bengkel latihan di kampus sebagai pendedahan kepada kemudahan serta kepakaran yang dimiliki oleh ADTEC dalam bidang teknikal dan vokasional.

Semoga kerjasama ini membuka lebih banyak ruang pembangunan modal insan dan memperkukuh jaringan industri demi manfaat bersama.

Skip to content