07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

19 Jun 2025 I Pasir Gudang
Ahli Jawatankuasa ESG ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang (3), (SKPG3) bagi meninjau dan mempelajari amalan terbaik berkaitan program kelestarian hijau, keindahan serta keceriaan yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Lawatan ini memberi fokus kepada inspirasi dan idea yang boleh disesuaikan serta diaplikasikan di kampus sendiri bagi menyokong inisiatif hijau dan kelestarian alam sekitar. Permulaan lawatan merupakan taklimat oleh Tuan Mohd Rizal Bin Rahman, Pengetua SKPG3 terhadap program yang dilaksanakan termasuk budaya amalan hijau secara menyeluruh bagi warga sekolah.

Antara kawasan yang dilawati termasuk Bilik STEM yang mempamerkan penggunaan bahan kitar semula dalam aktiviti pembelajaran, B’Star Studio sebagai platform penyebaran maklumat hijau melalui media digital oleh murid, serta kawasan kitar semula yang menunjukkan sistem pengurusan sisa pepejal yang tersusun dan menyeluruh. Pendekatan kreatif seperti penggunaan teknologi digital dalam pendidikan STEM serta latihan penyampaian maklumat oleh murid wajar dicontohi. Beberapa cadangan juga diketengahkan termasuk membangunkan studio mini hijau dan kawasan kitar semula yang interaktif di kampus. Secara keseluruhannya, lawatan ini telah memberi banyak input berguna dan membuka ruang kerjasama yang berpotensi dalam memperkukuh program kelestarian hijau di kampus TVET.

Skip to content