07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Karnival Pendidikan dan Kerjaya Murid (SUKSES 4.0) telah berlangsung dengan meriah pada 18 hingga 19 Jun 2025 bertempat di Kolej Yayasan Pelajaran Johor. Lebih 12,000 pengunjung telah hadir sepanjang dua hari penganjuran yang melibatkan pelbagai agensi pendidikan dan kerjaya.

Pasukan ILP On Spot yang mewakili ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Cawangan Senai turut serta dalam karnival ini bagi mempromosikan peluang pengajian dalam bidang kemahiran. Fokus utama diberikan kepada dua kursus berimpak tinggi iaitu Teknologi Pembuatan (Perkakasan DAI) dan Teknologi Rekabentuk Produk Industri.

Kehadiran pasukan promosi ini berjaya menarik minat ramai pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang laluan pendidikan teknikal dan vokasional yang ditawarkan oleh institusi di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Sesi penerangan, soal jawab dan demonstrasi turut diadakan bagi memberikan gambaran sebenar mengenai bidang kemahiran yang ditawarkan.

Program SUKSES 4.0 menjadi platform penting dalam membuka minda pelajar terhadap pilihan kerjaya masa depan yang lebih fleksibel dan menjamin kebolehpasaran kerja melalui laluan pendidikan TVET.

Skip to content