Hari ini telah berlangsung sesi temuduga terbuka oleh syarikat Olympic Cable Company Sdn. Bhd. bertempat di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
Temuduga ini melibatkan penyertaan pelajar dari jurusan:
-Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal (TPM)
-Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (FSL)
-Teknologi Pembuatan Pemesinan (TPP)
Beberapa orang pengurus kanan syarikat turut hadir sendiri untuk menjalankan sesi temuduga dan mengenal pasti calon-calon yang berpotensi tinggi untuk diserap ke dalam industri. Program ini merupakan antara usaha berterusan dalam menjalin kolaborasi industri dan membuka peluang pekerjaan serta latihan industri kepada para pelajar TVET.
