Satu sesi perbincangan bersama syarikat OMRON Electronics Sdn. Bhd. telah diadakan pada 24 Jun 2025 bertempat di ADTEC JTM Kampus Senai. Syarikat OMRON telah diwakili oleh En. Alvin Choi Kwok Wah Pengurus Bahagian Jualan dan Pemasaran. Ketibaan wakil syarikat telah disambut mesra oleh barisan pengurusan dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai yang diketuai oleh Pengarah Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus, Tn Hj Zuraidy bin Kadir, Timbalan Pengarah Operasi, En Mohd Qayyum bin Mohd Khalid, Ketua Bahagian Elektronik Industri dan Pn Norina binti Andang, Penolong Pengarah CESS.
Perbincangan tertumpu kepada cadangan usahasama untuk melaksanakan pensijilan OMRON kepada pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai sebagai nilai tambah kepada pensijilan sedia ada mereka. Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah strategik dalam memperkasa kebolehpasaran graduan TVET serta memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi latihan dan pihak industri. Diharap sinergi industri dan institusi latihan ini mampu menjadi pemacu kepada pembangunan kemahiran yang lebih berdaya saing, relevan dan bersedia mendepani cabaran teknologi masa depan.
