07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kuala Lumpur, 25 Jun 2025 – Sekitar jam 10.15 pagi, sesi pembentangan bagi pertandingan Swiss Innovation Challenge (SIC) 2025 – Idea Category telah berlangsung di SME Bank, Kuala Lumpur, anjuran bersama SME Bank dan DRB-HICOM University.

Pasukan dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, diketuai oleh Ts. Muslihah binti Saman, bersama ahli kumpulan Cik Siti Suraya Hani binti Mohd Juar dan Cik Liana Nabila binti Mohd Shah, telah mewakili ILPPG dalam pertandingan ini.

Tajuk pembentangan:

“A National Framework to Democratize IR 4.0 Skills for Marginalized Youth”

Projek ini memperkenalkan kerangka latihan modular dan agile yang direka khusus untuk membantu belia tercicir memperoleh kemahiran Industri 4.0 secara sistematik dan berfasa, seterusnya meningkatkan potensi kebolehpasaran mereka dalam sektor teknikal moden.

Pembentangan berjalan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Skip to content