25 Jun 2025, pihak Refzen (M) Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan tapak ke Bengkel Kimpalan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bagi membincangkan perincian penubuhan JTM-KUMAI Academy — satu inisiatif strategik ke arah memperkasa latihan kemahiran dalam bidang Arka dan Gas. Dalam lawatan tapak ini pihak Refzen telah merangka dan mengukur susun atur ruang dan fasiliti bengkel untuk dijadikan bilik operasi dan lokasi KUMAI Showcase. Selain itu, turut dibincangkan potensi penambahbaikan ruang dan peralatan yang disediakan oleh institut.
Penubuhan akademi ini bakal menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti graduan TVET, khususnya pelajar ADTEC JTM Pasir Gudang dan seluruh pelatih ILJTM dalam bidang kimpalan arka dan gas. Terima kasih kepada pihak Refzen Sdn. Bhd. atas komitmen dan kerjasama dalam merealisasikan JTM-KUMAI Academy. Usaha bersama ini adalah selari dengan hasrat untuk melahirkan tenaga mahir tempatan yang berdaya saing di peringkat industri dan global.
Nantikan kemunculan JTM-KUMAI Academy — transformasi latihan kimpalan bermula di sini!
