Hari ini, 26 Jun 2025, ILP Pasir Gudang menerima kunjungan daripada pihak RT Marine Sdn. Bhd. bagi sesi temuduga pelajar dari jurusan Kimpalan dan Fabrikasi Struktur Logam (FSL) untuk penempatan Latihan Industri.
Sesi temuduga dikendalikan oleh wakil syarikat, En. Haris dan Pn. Rita, yang turut berkongsi keperluan dan peluang kerjaya dalam industri marin yang semakin berkembang pesat.
Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh RT Marine dalam membentuk ekosistem TVET yang menyeluruh demi melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia untuk cabaran sebenar industri.
