07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 30 Jun 2025, ADTEC JTM Kampus Senai telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Dewan Teraju Usahawan dan Peniaga Bumiputera Negeri Johor, diketuai oleh Setiausaha Kehormat, En. Samsudin Ismail bersama Team Akademi Teraju, Dr Syazliana Astrah, Cik Mastura dan Cik Nor Akmal.

Delegasi disambut oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, serta Timbalan Pengarah Operasi Tn Hj Zuraidy bin .Kadir , Penolong pengarah CESS Pn Norina Binti Andang dan Tc. Megat Mohamad Faizar bin Abdul Wahab

Lawatan ini bertujuan membincangkan inisiatif kerjasama strategik dalam melatih pelajar ILJTM menceburi bidang keusahawanan, sejajar dengan matlamat membentuk generasi usahawan bumiputera yang berdaya saing.

In Shaa Allah mudah-mudahan Major Projek Kerjasama dalam kerjasama yang akan dijalankan ini iaitu Program Pembangunan Usahawan di kalangan pelajar, Program Kepimpinan di kalangan barisan kepimpinan ADTEC JTM serta Program Kepimpinan dikalangan Majlis Pewakilan Pelajar akan berjaya dilaksanakan. Major Projek Kerjasama ini diketuai oleh Dr Syazliana dari Akademi Teraju Johor dan Unit CESS dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Program-program ini dijangka akan dijalankan pada September 2025 dan ia merupakan Projek Pilot di antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai bersama Akademi Teraju Johor, Dewan Teraju Usahawan Johor.

Skip to content