07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Senai, 1 Julai 2025 – Pada hari ini, satu lawatan muhibbah telah diadakan antara Kolej Teknologi Termaju (KTT) Kampus Senai dan Enformance, Law dan Management University (ELMU) dari Nilai, Negeri Sembilan. Lawatan ini telah disertai oleh Pengarah KTT Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai, Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus.

ELMU telah diwakili oleh Pengarah Projek Khas Universiti, Ts. Dr. Zahar Ali, bersama Prof. Madya Dr. Teo Chee Kian dari UTM SPACE. Sesi perbincangan yang diadakan tertumpu kepada potensi kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya antara institusi KTT di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan ELMU.

Kolaborasi ini dijangka memberikan peluang untuk pemindahan teknologi, pembangunan kemahiran, serta pengantarabangsaan program TVET tempatan. Kerjasama rentas negara seperti ini diyakini akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem pendidikan teknikal Malaysia dan mempertingkatkan kebolehpasaran graduan tempatan di peringkat global.

Skip to content