07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 4 Julai 2025 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai telah berjaya melaksanakan Audit Peralatan Latihan Tahun 2025 dengan pencapaian cemerlang. Audit ini telah dijalankan dari 2 hingga 4 Julai 2025 oleh pegawai pemeriksa yang dilantik dari ADTEC JTM Kampus Mersing, iaitu Ts. Dr. Ir. Hairol bin Jafar dan En. Mohd Khalid bin Mohd Nasir.

Audit ini bertujuan menilai dan memastikan ketelusan serta kecekapan dalam pengurusan aset latihan. Antara objektif utama audit termasuk:

* Mendapatkan maklumat komprehensif mengenai status dan kondisi semasa mesin serta peralatan bengkel.

* Menilai kesesuaian dan keberkesanan penggunaan mesin selaras dengan kursus yang ditawarkan.

* Memantau kemajuan pelupusan aset mengikut prosedur.

* Mengoptimumkan penggunaan peralatan berdasarkan kepakaran bidang.

* Mengenal pasti keperluan peruntukan penyelenggaraan.

Hasil penilaian menunjukkan bahawa pengurusan aset di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai dilaksanakan dengan sangat teratur dan mematuhi sepenuhnya tatacara pengurusan aset kerajaan. Pegawai Pemeriksa turut mengesyorkan beberapa penambahbaikan, termasuk perolehan peralatan latihan yang lebih terkini bagi menyokong teknologi semasa dan keperluan latihan masa hadapan.

Sebagai pengiktirafan terhadap pengurusan aset yang cemerlang, pihak auditor telah memberikan pujian tinggi dan penarafan lima bintang kepada Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai dalam menyediakan persekitaran latihan berkualiti tinggi dan selaras dengan visi JTM dalam memperkasakan TVET negara. Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan audit ini.

Skip to content