07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kota Bharu, 5 Julai 2025 – Pasukan Robot (SCORP) yang mewakili ADTEC JTM Pasir Gudang & Senai Campus berjaya mencuri tumpuan dalam pertandingan ASEAN Youth Robot Challenge 2025 (Y-ROBOC25) anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS) yang berlangsung pada 3 hingga 5 Julai 2025 bertempat di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.

Pertandingan berprestij peringkat serantau ini menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai institusi pengajian dan organisasi belia teknologi dari seluruh negara ASEAN. Pasukan SCORP telah menyertai dua kategori utama iaitu Robot 5kg Tower Conquer dan Robot 8kg Rumble, masing-masing dengan satu penyertaan.

Pasukan yang diwakili dua orang pegawai dan seorang pelajar telah menunjukkan semangat daya saing dan kepakaran teknikal yang tinggi sepanjang pertandingan.

Dalam kategori 8kg Rumble, pasukan SCORP berjaya mara ke peringkat akhir dan memenangi tempat Naib Johan, menewaskan beberapa pasukan ternama lain. Manakala dalam kategori 5kg Tower Conquer, pasukan SCORP mencatat kejayaan apabila berjaya mara ke peringkat 16 terbaik daripada puluhan penyertaan yang bersaing hebat.

Penyertaan ini bukan sahaja menjadi medan mengasah kemahiran teknikal dan kejuruteraan pelajar, malah membuka ruang kolaborasi dan pertukaran ilmu dengan peserta.

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar dari institusi di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan bersedia menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Skip to content