Lawatan Pembaharuan Pentauliahan Progam KNX Basic Course telah berlangsung pada 8 Julai 2025 bertempat di Kolej Teknologi Termaju (KTT) Pasir Gudang di Bahagian Teknologi Elektrik. Lawatan ini telah diketuai oleh Pegawai JPK, Pn Suziyana Binti Shaidin, dan Panel Lantikan JPK Tc. Mahadi Bin Ismail. Panel Yang dilantik telah melakukan semakan dokumentasi program berkaitan sebelum melawat bengkel dan kemudahan di premis bagi melihat kemudahan infrastruktur dan latihan yang disediakan.
Secara keseluruhan, barisan panel berpuas hati dengan persediaan yang telah dilakukan oleh pihak kolej dan mengesyorkan pembaharuan program mengikut kapasiti seperti yang dipohon.
