07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 9 Julai 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan daripada delegasi PETRONAS yang diketuai oleh En. Shahrul Reza bin Zaikhuddin, Pengurus Alliance Management, Human Capital Investment bersama En. Sufian, Eksekutif dari Ibu Pejabat PETRONAS.

Delegasi disambut mesra oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Ts. Dr. Azli Amin bin Ahmad Raus bersama barisan pengurusan termasuk Ketua Jabatan Ts. Dr. Dayangku Suraya binti Awang Jaafar, Penolong Pengarah CeSS Pn. Norina binti Andang, Pegawai CeSS Tc Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab, Pemangku Ketua Bahagian Kimpalan En. Shukri bin Shamsuddin serta tenaga pengajar dari bidang Kimpalan dan FSL.

Sesi lawatan ini memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai program i-VISTA dan penggunaan bahan latihan yang berkualiti untuk pembangunan modal insan. Dalam sesi tersebut, pihak pengurusan ADTEC turut mencadangkan penambahbaikan kepada program i-VISTA yang telah dilaksanakan di kampus sebagai usaha berterusan dalam memastikan keberkesanan latihan sejajar dengan kehendak industri semasa.

Kerjasama strategik antara ADTEC dan PETRONAS diharap dapat memperkukuhkan lagi pelaksanaan latihan teknikal berimpak tinggi dan membuka lebih banyak ruang pembangunan untuk pelajar serta tenaga kerja mahir negara.

Skip to content