Pada 10 Julai 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menerima kunjungan muhibbah daripada wakil syarikat AROPAK Sdn Bhd, Pn. Chew Mui Chu – Accounts Manager dan Pn. Noorhayati Abd Rahman – Assistant Admin & HR Manager
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak khususnya dalam aspek penempatan pelajar ADTEC sebagai pekerja di AROPAK. Delegasi telah disambut oleh pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Tc Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab.
Pihak ADTEC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian AROPAK Sdn Bhd untuk bekerjasama dalam membangunkan modal insan berkemahiran tinggi. Semoga usaha ini memberi manfaat.
