07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Sempena Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar baharu, Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) JTM Kampus Pasir Gudang telah melaksanakan Program Go Green ESG pada 10 Julai 2025 sebagai inisiatif awal memperkenalkan konsep kelestarian dan tanggungjawab sosial kepada pelajar. Program hasil ini bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar, membudayakan amalan hijau serta menerapkan nilai-nilai Environmental, Social & Governance (ESG) dalam kalangan warga kampus. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk taklimat ESG, kempan kesedaran penanaman pokok, Kempen Work Life Balance, Kempen Sayangi Kampus Kita, aktiviti keceriaan kampus mengecat pasu pokok, aktiviti membersihkan sekitar kampus dan sebagainya yang melibatkan 246 pelajar baharu yang mendaftar. Hasil daripada program ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kepekaan yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar terhadap isu-isu kelestarian serta menanamkan semangat untuk memainkan peranan aktif dalam menjayakan inisiatif hijau di kampus. Program ini diharapkan juga dapat membentuk asas yang kukuh ke arah mewujudkan komuniti kampus yang bertanggungjawab serta lestari.

Skip to content