Pada 11 Julai 2025, satu sesi lawatan muhibbah telah diadakan melibatkan pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bersama wakil Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) ke Dialog Terminal Operations Sdn. Bhd., Pasir Gudang.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan industri melalui perbincangan penempatan pelajar bagi latihan industri serta pelaksanaan program kursus jangka pendek berasaskan keperluan industri minyak dan gas.
Delegasi ADTEC dan JPDC telah disambut mesra oleh Pengurus Terminal, En. Mohd Khodir bin Yahya, bersama barisan pegawai Dialog Terminal.
Semoga kerjasama yang terjalin dapat dimanfaatkan dalam usaha memperkasa pembangunan kemahiran pelajar TVET selaras dengan keperluan industri semasa.
