Pada 14 Julai 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menerima kunjungan hormat daripada Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) yang diketuai oleh En. Nazri, bersama wakil industri dari Dialog Asia – En. Salim (Pengurus Production) dan pasukan, serta Morimatsu Dialog (MDSB) Pengerang – Pn. Anis (HR) dan pasukan.
Lawatan ini diadakan bersempena sesi temuduga pelajar ILP Pasir Gudang dan pelajar VISTA Kimpalan PETRONAS bagi pengambilan jurukimpal untuk penempatan kerja di Pasir Gudang dan Pengerang.
Delegasi telah disambut mesra oleh:
1) En. Shukeri Shamsuddin – Ketua Bahagian Kimpalan
2) En. Syed Shukri – Pengajar VISTA Kimpalan PETRONAS
3) Wakil pengajar Kimpalan ADTEC JTM
dan turut menerima taklimat ringkas daripada pihak CESS ADTEC JTM Pasir Gudang .
Komitmen strategik antara agensi latihan dan industri ini membuka ruang kerjasama yang lebih luas, khususnya dalam penawaran kerjaya dan penempatan pelajar dalam sektor minyak & gas negara. Pihak syarikat turut menyatakan minat untuk meneruskan kerjasama melibatkan peluang kerjaya kepada pelajar dalam bidang VISTA iPLUS Kimpalan, Pipe Fitter dan Kimpalan Am. Semoga usaha ini terus memperkasa generasi tenaga kerja mahir yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran industri!
