Pada 14 Julai 2025, sekumpulan pegawai yang di ketuai oleh Puan Ts. Wan Zainah binti Wan Ismail, Ketua Bahagian Teknologi Pembuatan Pemesinan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah mengadakan lawatan penanda aras pembangunan cenderamata di ADTEC JTM Kampus Jerantut. Lawatan ini disertai oleh 6 orang pegawai dari bahagian Teknologi Pembuatan Pemesinan, Teknologi Pembuatan Die dan Teknologi Rekabentuk Produk Industri.
Kumpulan ini telah disambut mesra oleh Tuan Pengarah En. Hamdan bin Hashim serta barisan pegawai dari bahagian pembuatan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan ilmu serta pengalaman ADTEC JTM Kampus Jerantut dalam pembangunan cenderamata. Adtec JTM Kampus Jerantut ini merupakan salah sebuah institut yang sangat aktif dan kreatif dalam penghasilan cenderamata
Sepanjang lawatan, delegasi turut diberi taklimat dan dibawa melawat untuk melihat hasil-hasil cenderamata yang pernah dihasilkan. Pegawai juga turut serta dalam kerja mengilatkan plat cenderamata secara manual.
