07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

15 Julai 2025 – Program KenDurian telah berlangsung dengan meriah di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai sebagai salah satu inisiatif memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Staf yang turut menjadi penaja utama bagi hidangan durian.

Sebanyak 300 kilogram durian telah ditaja untuk dinikmati oleh semua staf dan kakitangan yang hadir. Suasana program diserikan dengan gelak tawa dan kemeriahan warga ADTEC yang berkumpul dalam suasana santai sambil menikmati raja buah tersebut.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada staf untuk beramah mesra dan beristirehat seketika daripada tugasan harian, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemai semangat kerja berpasukan.

Skip to content