Pada 15 Julai 2025, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus bersama pegawai CESS, Ketua Bahagian CNC dan para pengajar CNC telah mengadakan lawatan rasmi ke Halliburton, Senai.
Delegasi telah disambut mesra oleh Pengurus Halliburton, Mr. Angus Baird serta barisan pegawai syarikat. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Sepanjang lawatan, delegasi turut diberi taklimat dan dibawa melawat fasiliti Halliburton. Turut dibincangkan adalah potensi kerjasama berkaitan penempatan pelajar ADTEC bagi latihan industri dan peluang pembangunan kemahiran teknikal masa hadapan.
ADTEC JTM amat menghargai komitmen Halliburton dalam menyokong pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
