Majlis pelepasan (flag off) bagi peserta Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2025 – Peringkat Pra Kelayakan bagi bidang Mechanical Engineering CAD telah berlangsung dengan penuh semangat dan iltizam!
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yang mewakili ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai. Pertandingan ini bukan hanya tentang kemahiran teknikal, tetapi juga tentang kecekalan dan keinginan untuk menjadi yang terbaik!
Kepada semua peserta — inilah masanya untuk bersinar! Tunjukkan kehebatan anda dan harumkan nama institut!
