07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menerima kunjungan daripada wakil syarikat Minsec Sdn Bhd, iaitu Mr. Chong pada 16 Julai 2025. Delegasi disambut mesra oleh Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Tc.Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab.

Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak melibatkan penempatan pelajar (placement) serta pelaksanaan kursus-kursus jangka pendek yang dapat memberi manfaat kepada industri dan pelajar. Kerjasama seperti ini amat penting dalam menjayakan aspirasi TVET negara melalui jaringan bersama pihak industri.

Skip to content