07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang hari ini (17 Julai 2025) menerima kunjungan hormat daripada 9 orang delegasi IKBN Bandar Penawar yang diketuai oleh En. Mohaizad Bin Mohamad Daud Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Bandar Penawar sempena lawatan penanda aras pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO MS 9001:2015.

Lawatan ini membuka ruang untuk perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan dokumen pengurusan kualiti, audit dalaman serta penambahbaikan berterusan bagi memantapkan lagi pelaksanaan sistem kualiti di kedua-dua institusi. Sesi pembentangan serta perbincangan dua hala yang membina dan bermanfaat turut diadakan di antara kedua-dua kumpulan pengurusan kualiti kedua-dua institut.

Terima kasih IKBN Bandar Penawar atas kunjungan dan semangat kolaboratif yang ditunjukkan. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi kecemerlangan TVET negara!

Skip to content