Kursus Hybrid Simulator Automotif anjuran Supreme Didactic dengan kerjasama ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah berjaya dilaksanakan pada 16 hingga 17 Julai 2025. Kursus selama dua hari ini memberi pendedahan kepada para pengajar automotif mengenai penggunaan teknologi simulator hibrid automotif terkini berasaskan produk dari GS One Korea.
Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada gabungan teori secara dalam talian serta latihan praktikal bersemuka, melibatkan simulasi sistem enjin, diagnostik elektronik, dan pengesanan kerosakan kenderaan secara maya. Pendekatan hybrid ini memberi nilai tambah kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bidang automotif, sejajar dengan keperluan revolusi industri 4.0 (IR4.0).
