Hari ini, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menerima kunjungan muhibbah daripada delegasi Halliburton Malaysia yang diketuai oleh Encik Angus Baird (Centre Manager), bersama Ms. Olga dan Ms. Faridah.
Delegasi telah disambut oleh Timbalan Pengarah (Operasi), Tuan Hj. Zuraidy Bin Kadir, bersama pegawai CESS dan Bahagian Pemesinan. Lawatan ini turut melibatkan sesi lawatan ke sekitar bengkel ADTEC termasuk bahagian pemesinan dan kimpalan, serta perbincangan mengenai potensi program kolaborasi dan kursus jangka pendek.
