07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan dan ruang yang diberikan kepada Kumpulan Qasidah Kolej Teknologi Termaju Kampus Pasir Gudang untuk menyemarakkan suasana Majlis Doa Selamat di Kedai Emas MiraGold Kota Masai pada Khamis, 17 Julai 2025.

Majlis bermula dengan bacaan Ratib al-Attas sebelum solat Maghrib, dan diteruskan dengan bacaan Maulid Diba’ie serta persembahan qasidah yang dipimpin oleh kumpulan Qasidah Huzaifah Ibn Yaman,KTT Kampus Pasir Gudang, dalam suasana yang penuh syahdu dan keberkatan malam Jumaat.

Turut hadir dalam majlis ini ialah seramai 50 orang pelajar Maahad Tahfiz dari sekitar Kota Masai, yang menguatkan lagi suasana ruhani majlis melalui bacaan dan doa-doa kebaikan buat perniagaan yang dijalankan.

Apa yang lebih membanggakan, masyarakat setempat memandang tinggi terhadap peranan Kolej Teknologi Termaju apabila para pelajarnya mampu memimpin bacaan Maulid dan Qasidah secara beradab dan bertenaga — suatu kelaziman yang sebelum ini lebih sinonim dengan institusi madrasah dan pondok.

Ini membuktikan bahawa nilai-nilai keagamaan dan seni Islam masih kukuh disemai dalam kalangan pelajar institusi kemahiran dan teknologi masa kini.

Kami mendoakan semoga program-program seumpama ini terus menjadi platform untuk melatih pelajar bukan sahaja dalam kemahiran akademik, bahkan juga sebagai pemimpin majlis ilmu dan rohani masyarakat.

Skip to content