Jabatan Akademik dan Pembangunan Insan (JAPI) dengan kerjasama Bahagian Pusat Sumber & Multimedia (BPSM) telah berjaya melaksanakan Seminar Hak Pekerja khusus untuk pelajar semester akhir bagi Sesi 2/2025 pada 17 – 18 Julai 2025 bertempat di Dewan Kuliah Utama, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Huawei Smart Classroom, ADTEC JTM Kampus Senai secara Hybrid Learning. Seminar ini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan hak-hak pekerja serta memperkenalkan peranan agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kebajikan dan perlindungan pekerja di Malaysia.
Program ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh penyelaras program, En. Muhammad Syafiq Bin Wagimi, dan dilaksanakan secara serentak di dua lokasi utama menerusi pendekatan pembelajaran hibrid.
Antara agensi yang telah dijemput sebagai penceramah adalah seperti berikut:
17 Julai 2025 (Khamis):
* Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia – Puan Nurhidayah Binti Kamari
* Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) – Puan Tuan Nonie Suhaily Binti Wan Ab Aziz
* Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) – Encik Hamizad Bin Zainal
* Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)** – Cik Norhaniza Binti Kersani
18 Julai 2025 (Jumaat):
* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)– Puan Noor Haslina Othman
* Sesi Pembukaan Akaun KWSP– Pelajar digalakkan untuk mendaftar akaun KWSP; pendaftaran dijalankan secara fizikal di Kampus Pasir Gudang dan secara atas talian di Kampus Senai dengan bimbingan pihak penceramah.
JAPI merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman. Diharapkan segala input yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan yang semakin mencabar dan dinamik.
