07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Program Kursus Jangka Pendek (KJP) bertajuk Tatacara Penyediaan Resume telah dijalankan khas untuk pelajar semester akhir ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Program ini bertujuan membantu pelajar menyediakan resume yang kemas, menarik, dan sesuai dengan kehendak majikan – sebagai persiapan penting sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

KJP ini berlangsung pada 19 Julai serta 22 hingga 26 Julai 2025 mengikut bengkel, dan telah dikendalikan sepenuhnya oleh Cik Siti Suraya Hani binti Mohd Juar, pengajar Bahasa Inggeris dari Jabatan Pembangunan Akademik dan Pembangunan Insan. Sepanjang sesi, pelajar didedahkan kepada tips, format dan kesilapan biasa dalam penulisan resume, sekaligus meningkatkan keyakinan mereka untuk memohon kerja. Pelajar juga telah berjaya menghasilkan resume yang lengkap di akhir program.

Program ini mendapat sambutan baik dan diharap dapat memberi kelebihan kepada pelajar dalam mendapatkan peluang kerjaya selepas tamat pengajian.

Skip to content