Pasir Gudang, 30 Julai 2025 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menyertai Karnival STEM dan Kerjaya anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa Jaya yang berlangsung di Dataran Zamrud sekolah tersebut. Program ini merupakan inisiatif untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah mengenai bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta peluang kerjaya masa depan.
Karnival ini disertai oleh pelbagai agensi pendidikan dan industri setempat. ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang mengambil peluang ini untuk mempromosikan program latihan, kursus-kursus teknikal, serta laluan kerjaya kepada lebih 500 pelajar dan guru yang hadir.
Antara aktiviti yang dijalankan di reruai promosi termasuk:
– Penerangan mengenai kursus dan bidang kemahiran yang ditawarkan.
– Sesi konsultasi laluan kerjaya dan prospek pekerjaan selepas tamat latihan.
– Edaran risalah maklumat serta sesi soal jawab bersama pelajar dan guru.
Penyertaan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dalam karnival ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan kemahiran teknikal dalam memenuhi permintaan industri serta menyokong agenda negara ke arah Malaysia Madani.
