Pasir Gudang, 30 Julai 2025 | Satu mesyuarat strategik telah berlangsung di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bersama wakil Refzen (M) Sdn. Bhd. bagi membincangkan gerak kerja penubuhan JTM-KUMAI Academy, sebuah inisiatif kerjasama dalam memperkasa bidang latihan kimpalan berteknologi tinggi di ILJTM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Ts. Dr. HJ Azli Amin Bin Ahmad Raus dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Refzen (M) Sdn. Bhd., En Zamri bin Mohd Zain serta wakil Syarikat Refzen dan team task force ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Antara gerak kerja penubuhan serta persiapan fasa pertama projek yang dibincangkan antaranya ialah penghantaran mesin dan bahan kimpalan terdiri daripada:
- SMAW 10 unit,
- GMAW 10 unit,
- GTAW 4 unit,
- Welding Table 24 unit,
- Chequered Plate 24 unit.
Penghantaran dijangka bermula pada 4 Ogos 2025, cadangan sesi perkongsian kepakaran oleh World Champion dalam bidang kimpalan kepada pelajar dan pengajar ILJTM. Turut dimaklumkan juga antara agenda besar untuk fasa kedua projek JTM-KUMAI Academy iaitu cadangan Pembangunan Welding Digital Lab. Selain itu, cadangan untuk mempergiatkan lagi aktiviti promosi untuk program latihan JTM-KUMAI Academy . Beberapa isu berbangkit lain juga dibincangkan dalam mesyuarat.
Semoga inisiatif JTM-KUMAI Academy akan menjadi pemacu utama latihan kimpalan berteknologi tinggi di negara ini dan diharap dapat melonjakkan latihan TVET dalam bidang kimpalan ke tahap lebih tinggi.
