07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Dua orang pengajar dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang iaitu Tuan Syed Mohd Shukri Bin Syed Idris dan Encik Sohaimi Bin Mohamad telah berjaya melaksanakan Latihan Sangkutan Industri (LSI) di syarikat Refzen (M) Sdn Bhd bermula dari 1 Julai hingga 30 Julai 2025 dalam bidang Teknologi Kimpalan.

Program ini bertujuan untuk:

– Meningkatkan pengetahuan teknikal selaras dengan keperluan industri semasa

– ⁠Memperkukuh kemahiran pengajar dalam teknologi dan amalan kimpalan terkini

– ⁠Mengukuhkan jaringan kolaborasi strategik antara institusi dan industri

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Refzen (M) Sdn Bhd atas kesudian menerima penempatan pengajar ini serta sokongan berterusan terhadap pembangunan pendidikan TVET.

Latihan ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif JTM dalam memastikan setiap tenaga pengajar sentiasa relevan dan kompeten dalam bidang masing-masing.

Skip to content