Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Hj Azli Amin bin Ahmad Raus bersama pegawai CESS telah menghadiri UK-Malaysia Skills Dialogue yang berlangsung di TWI SEA, Subang pada 1 Ogos 2025.
Program berprestij ini telah disantuni oleh The RT HON Baroness Smith of Malvern, Menteri Kemahiran dan Wanita United Kingdom serta wakil dari British High Commission.
Turut membanggakan, pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Tc Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab, telah dilantik secara rasmi sebagai Advisory COE (Centre of Excellence) TWI SEA mewakili ADTEC JTM — satu pengiktirafan yang membuktikan komitmen dan kecemerlangan tenaga kepakaran negara dalam bidang latihan kemahiran sektor Minyak dan Gas bidang Kimpalan bertaraf antarabangsa.
