07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 5 Ogos 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menyertai Program Xplore Vista i-Plus PETRONAS yang berlangsung di Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri Melaka.

Pihak ADTEC JTM diwakili oleh pegawai CESS serta pengajar Bahagian Kimpalan dan Fabrikasi Struktur Logam yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program VISTA i-Plus di kampus.

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta pengalaman interaktif berkaitan kerjaya TVET dalam industri minyak dan gas, di samping membangunkan kesedaran terhadap jenama VISTA i-Plus melalui kolaborasi bersama institusi teknikal VISTA, unit operasi perniagaan PETRONAS dan rakan strategik VISTA i-Plus.

Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai mengambil peluang untuk mengadakan reruai pameran dan sesi penerangan berkaitan program-program yang ditawarkan di Kampus Pasir Gudang dan Senai, terutamanya inisiatif kerjasama VISTA bersama PETRONAS.

Kehadiran lebih 150 orang murid sekolah sekitar IKM Jasin membuktikan sambutan yang amat menggalakkan terhadap inisiatif ini, sekaligus menunjukkan minat tinggi dalam bidang kemahiran teknikal berkaitan industri tenaga dan minyak & gas.

Skip to content